Want your
own Fotopage?












 
Gezzeg Photographer | Crysis | Kuantan Photographer

By: Muhammad Yusrizal Suriyat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-May-2009 12:02 Email | Share | Bookmark
Invitation To Suku Sakat RajaLanun Community

Salam,

Kami menjemput kepada semua lanun fotografi, dukun2 fotografi, bomoh2 fotografi, pengawal istana fotografi, tok mudim fotografi, tok selampit, pawang langit, gundik2 fotografi, sida2 fotografi, atau rakyat jelata yang nak berkongsi ilmu fotografi bersama kami untuk menyertai Komuniti Suku Sakat Raja Lanun .



Komuniti berbentuk forum perbincangan atas talian, menggantikan forum Gezzeg.com yang pernah dibuka 99 tahun dahulu. hehe.

Terbuka kepada semua peminat2 fotografi, juga grafik. Mempunyai tujuan umum berikut

Mencari Rakan-Rakan Baru, Mencungkil Bakat-bakat Baru
Perjalanan kami masih jauh dalam bidang ini, kami juga merasakan memerlukan rakan-rakan seperjuangan yang sudi berjalan bersama-sama dalam meneruskan perjuangan ini. Selain itu kami berharap komuniti ini juga diharap mampu secara tidak langsung menjadi platform untuk bakat-bakat baru dalam bidang seni fotografi dan grafik untuk memulakan tapak dalam bidang ini. Kami berusaha sedaya upaya kami membantu mengupas segala persoalan atau sekurang-kurangnya mencari penyelesaian bersama-sama dalam memartabatkan diri dalam bidang-bidang ini.

Berkongsi Pengetahuan dan Kemahiran
Tujuan utama forum ini juga adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam seni fotografi dan grafik. Kami berharap komuniti ini mampu menjadi suatu platform untuk kami dan ahli-ahli lain berkongsi ilmu dan kemahiran disepanjang terlibat dalam seni fotografi dan grafik.

Aktiviti & Program
Terdapat banyak underground move yang sedang dirancang oleh Team Suku Sakat Raja Lanun bagi ahli2 yang berdaftar. Semua program2 ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa bergantung keada kesesuaian masa dan juga faktor2 lain yang berkait. Kami juga berminat dan berbesar hati untuk menjayakan projek-projek yang dirancang oleh anda lain. Antara program-program yang bakal diadakan adalah seperti artwork contest, workshop, tag team, t.t session dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang telah kami listdown ketika ini.

Mengeratkan Sillaturrahim
Wujudnya komuniti ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan komuniti2 yang lain. Sekadar menyediakan satu lagi platform daripada yang sedia ada. Lebih2 lagi daripada zom timur ni. Mereka yang mendaftar sebagai ahli Suku Sakat Raja Lanun Community ini sudah pasti mempunyai minat yang sama, jadi diharap melalui komuniti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim diantara ahli tidak kira dimana mereka berada. Kami juga berharap komuniti ini dapat mendekatkan jurang antara kami di GPD dengan rakan2 diluar dan dapat membentuk semangat berpasukan dikalangan ahli.

Prinsipal Suku Sakat Raja Lanun, Pejuang Fotografik
Dalam forum ni, kitorang akan guide korang macammana style and teknik Suku Sakat RajaLanun atau Gezzeg Photography & Design.Prinsipal ini merupakan garis panduan kitorang dalam melatih jurufoto-jurufoto dan graphic designer baru dalam team jurufoto Gezzeg Photography And Design yang dikenali sebagai Suku Sakat Raja Lanun dan kini akan dikongsi bersama semua!

http://www.rajalanun.com/sukusakat

slm bro... bler nak update ko punyer fp ko nie...
x kan simpan je kot gambar lawa...
Wed 22-Jul-2009 07:55
Posted by:yoe perahukaram@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.